PERPUSTAKAAN DESA PNM TITI TERAS
Berdekatan 591 Mk E Titi Teras
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
Tel :04-8660781
Email: pteras@penanglib.gov.my
Blog : http://pd-pnmtititeras.blogspot.com

Pengenalan

Perpustakaan Desa adalah sebuah perpustakaan kecil yang ditempatkan di suatu kawasan yang mempunyai ramai penduduk. Perpustakaan desa diwujudkan adalah untuk membolehkan masyarakat luar bandar menikmati kemudahan pembacaan dan prasarana ilmu yang lengkap dan menyeluruh.

Dengan ini akan dapat membantu mempertingkatkan pencapaian pendidikan pelajar melalui penyediaan bahan-bahan tambahan dan menimba ilmu pengetahuan.

Di samping itu, pengwujudan perpustakaan desa juga akan dapat membangunkan minda masyarakat luar bandar melalui bahan bacaan yang disediakan. Kesedaran kepada kepentingan ilmu pengetahuan ini dapat dipupuk melalui penubuhan pusat pembelajaran seperti perpustakaan desa.


VISI
  • Berperanan sebagai agen perubahan bagi pembangunan sosial dan pemangkin kepada pematapan budaya membaca.
MISI
  • Menyediakan kemudahan akses maklumat kepada pengguna
  • Memastikan kesamarataan akses bahan dan perkhidmatan yang disediakan untuk masyarakat
  • Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat dalam aktiviti galakan membaca yang dianjurkan.


" BANGSA MEMBACA BANGSA BERILMU"